Semalam baru je berakhirnya Karnival Mahabbah UMP anjuran PIMPIN. Seminggu jugaklah karnival ni diadakan bermula 9/3/2025-14/3/2015.Banyk program dan slot2 menarik yg diadakan. Tapi dalam bnyk2 slot tu, ada 3 slot je yang sempat saya join. Sebab yg lain tu clash dengan waktu kelas. Hari Isnin tu ada Slot Sirah Rasul bersama Ustaz Don Daniyal. Yg ni sempat saya datang kerana kelas tetiba cancel hari tu. *sebenarnya lec nak tgk ustaz Don*.. Sy thu, kalau brcakap pasal ustaz Don ni, ramai yg knal dia. Ke ada yang x knal? Hahaha..tipulah korang.
Ustaz Don Daniyal
So, kalau ada sape2 yg x knal, itulah ustaz Don. Ustaz ni baik jer, pandai buat lawak sume. So, x rugi dengar ceramah dia. Lpas tu, saya ada jugak join Forum "Kpop vs Bollywood". Yg ni dia jemput Iman Muda Hizbur dan En Roslan Madun sebagai panel. Iman Muda Hizbur kalau x silap saya ni kali kedua sy join dia bg ceramah kt UMP ni.Kalau dia pernah datang sebelum ni tu saya x tahulah sebab saya pn baru lagi belajar kat sini, Lepas tu ada Forum "Mak,Aku Nak Kahwin". Haa.. dengar tajuk pn rasa happy kan. Saya ni pergi dengar je, xde pn rasa nak kahwin dalam usia semuda ni.hehe. *sebenarnya nak cover* Tapi seriously,mmg best la. Lawak je nak2 Abon dari kumpulan Osbon tu yang datang sebagai salah seorang panel. X kering gusi dibuatnya.
Seterusnya, saya hadir ke malam kemuncak Karnival Mahabbah pada hari sabtu iaitu konsert Malam Cinta Ilahi bersama kumpulan nasyid Raihan. Sebut nama Raihan, ni pun mesti ramai yang kenal kan? Dulu masa saya kecik2, dalam darjah 5 macam tu la, saya selalu dengar Carta Nasyid IKIM f.m. Masa tu banyak lagu2 Raihan tersenarai dalam carta. Memang saya minat dengan lagu2 dia. Yg paling best lagu Iman Mutiara. Lagu tu sngat menusuk kalbu. Dulu selalu dgr mereka nyanyi kt radio je, x pernah pn tgk live. Masa tahu Raihan dijemput untuk buat konsert, saya mmang excited sbb mmng saya minat sangat dengan Raihan. Dan sungguh x sangka saya masih dipanjangkan umur dan dapat bertemu dengan mereka. Jadi, saya nak tunjuk la sedikit rakaman pendek masa persembahan last dengan lagu "Thank you ALLAH". Rasa sebak je bila nyanyi lagu ni sama2 dengan Raihan. Baru sedar jarang sekali diri i berterima kasih pada ALLAH S.W.T. Ampunkan kami semua Ya ALLAH..
:(
"Lautan cahaya lampu dari handphone"
Rasanya, tu saje kot yang saya nak kongsikan buat masa ni. Inshaa-ALLAH, kalau ada lagi cerita atau pengalaman menarik, saya akan kongsikan di sini. Terima kasih pada yang membaca hingga habis.
No comments:
Post a Comment