Tuesday, 17 March 2015

Must You Condemned Others??

Assalamualaikum..

Apa khabar semua?Harap semua sihat walafiat.Tajuk kt atas, 'condemned'. Mesti ramai yang tahu apa maksud condemn ni. Malas nak cakap banyak. Cuma nak bagi situasi supaya korang semua lebih jelas.

Situasi 1: "Eza,kau ingat kau masak sedap ke? kau tahu x aku boleh masak lagi sedap dari kau?"

Situasi 2: "Kau tengok budak tu, masuk kelab itu ini, dia tu apsal fanatik sangat dengan kelab tu?                        Semua program nak masuk. Ke dia nak cari populariti?"  

Situasi 3:" Aku suka makan ayam. Kenapa kau x suka makan? ke kau nak jaga badan? Ingat kalau                        badan kau kurus pun,muka macam kau boleh jadi model ke?"

Sebenarnya banyak lagi situasi lain yang berkait dengan sifat "condemn" ni. Sebelum pergi lebih lanjut, saya nk tanya, apa yang best sangat condemn orang? Ingat kita ni dah perfect ke sampaikan semua yang orang buat tu jadi kesalahan. Tolonglah jadi realistik. Bukan semua apa yang kita suka, kita minat, orang lain pun kena suka, kena minat. Semua orang ada dia punya personaliti. Kenapa nak paksa dia buat benda yang dia x suka?

Sorry to say, tapi nak cakap sepanjang 21 tahun saya hidup di muka bumi ALLAH ni,saay jumpa berbagai ragam manusia lebih2 lagi dengan manusia yang suka 'kondem' orang lain. Padahal dia tahu dia x perfect pun tp mungkin tu jadi satu habit kau, suka nak menjatuhkan orang lain. Suka tengok orang hilang keyakinan diri. Kadang2 kita x sedar, apa yang kita buat tu boleh buat orang lain sakit hati. Secara x langsung, kita dah menambahkan musuh kita tapi lepas tu sibuk tanya kenapa ramai benci aku. Ask yourself la. Bak kata Hlovate, "if you don't want the troubles to trouble you, please don't find the trouble".

Bagi saya, x perlulah nak kondem orang lain. Semua orang ada hak untuk buat apa yang dia suka as long as benda tu x menyusahkan orang lain ataupun menjatuhkan maruah diri sendiri. Biarlah orang nak masak apa. Sedap x sedap, itu lain cerita. Sekurang2nya dia dah buktikan dia boleh memasak. Diaa nak join kelab atau apa aktiviti sekalipun, biarlah dia. Kita x tahu niat dia jadi x payahlah nak menuduh. Dan satu lagi, kalau kau suka makan ayam, kau x boleh expect orang lain suka makan ayam. Kau je yang rasa ayam tu sedap, bagi orang yang x suka makan, x kira la sesedap mana pun benda tu, dia tetap x suka makan. So , tolonglah understand others. Jangan timbulkan permusuhan sesama sendiri,okey?

Rasanya tu je nak cakap hari ni as a lesson of the day. Next time, Inshaa-ALLAH, kita jumpa lagi dengan entri lain..




No comments:

Post a Comment