Monday, 7 December 2015

Jaga Hati? atau.... Terasa Hati?

Soal hati ni, nak cakap memang susah. Sebab benda ni berdasarkan diri kita, apa yang kita rasa. Pernah tak kita cuba untuk jaga hati semua orang dan akhirnya hati sendiri tak terjaga? Susah bila orang ingat kita ni baik je, sampaikan bilaa kita tersalah kata sikit je, orang terus pandang serong. Terus orang cop, budak ni tak adalah baik sangat. Benar, memang lumrah kehidupan, tak kira sebaik mana pun kita, tetap akan ada yang tidak suka. Jadi, itu sebenarnya normal. Pernah la jadi satu kes kat diri sendiri, bukan main nak jaga hati kawan-kawan, especially yang tak berapa rapat dengan kita, sampaikan kita rasa orang yang rapat dengan kita, dah kenal hati budi kita macammana,mesti faham kenapa kita buat itu dan ini. Tapi malangnya, kita sebenarnya silap, dalam pada kita cuba menjaga hati orang lain, akhirnya hati dia pula yang tak terjaga. Susahnya nak memuaskan hati semua orang, but kita tetap kena move on, orang lain kena terima kita macam mana kita terima dia. Kalau kita boleh terima dia, kenapa tidak dia kan? Hidup ni kena give and take.


p/s: Maafkan aku sahabat, aku tak mampu jadi leader yang baik untuk korang semua. Aku dah cuba yang terbaik. :) :)

Sunday, 9 August 2015

Fuhh.....lega...

Assalamualaikum..

Kalau tengok tajuk,mesti ramai yang tertanya-tanya, kau ni dah kenapa? Tapi x ramai yang tahu betapa leganya aku sebab dah boleh log in balik dalam account ni.. Lahai..Dah berapa lama aku mencuba, baru dapat kali ni..haha.Okey, x lawak kan. Since dah berbulan-bulan tak jenguk blog, maklumlah busy melanda. Time cuti sem ni je free sikit tapi tu la, tetiba lupa password account. 'banyak sangat makan semut agaknya'.

Remaja sekarang ni, semua ada smart phone. Semua kat hujung jari. Aku pn xdela nk cakap aku ni baik sangat. Tapi semoden aku ni, aku rasa mungkin ramai yang akan kata, aku ni kolot lah. Yang aku ada pun cuma facebook je. Instagram, Twiter, Viber semua aku akui aku memang x reti pakai. Aku pun x tahu kegunaannya untuk apa. Instagram yang aku tahu banyak digunakan bila orang tu suka berbisnes dan ber'selfie'. Erkk..aku xde kutuk sapa-sapa pun. Itu cuma pendapat aku. Lagipun aku x suka selfie. Itu salah satu sebab kenapa aku x pernah nak amik tahu pasal Insta @ Twitter tu. Sori la kalau ada yang terasa walaupun aku x nampak pun bahagian mana yang nak terasa.

Aishh..aku ni..Tadi nak cakap pasal aku dah berjaya log in akaun je sebenarnya. Ni dah melalut entak ke mana. Sori ye, post ni agak hambar sikit. Well, ini saja aku tulis sebab aku saja nak bukak tengok blog dan rindu nak update something. Aku ada suprise sikit nak bagi tapi bukan sekarang la.. Akan datang okey.So wait for it!!!

##sis hambar##
-aku punya blog, aku punya suka-

Tuesday, 17 March 2015

Must You Condemned Others??

Assalamualaikum..

Apa khabar semua?Harap semua sihat walafiat.Tajuk kt atas, 'condemned'. Mesti ramai yang tahu apa maksud condemn ni. Malas nak cakap banyak. Cuma nak bagi situasi supaya korang semua lebih jelas.

Situasi 1: "Eza,kau ingat kau masak sedap ke? kau tahu x aku boleh masak lagi sedap dari kau?"

Situasi 2: "Kau tengok budak tu, masuk kelab itu ini, dia tu apsal fanatik sangat dengan kelab tu?                        Semua program nak masuk. Ke dia nak cari populariti?"  

Situasi 3:" Aku suka makan ayam. Kenapa kau x suka makan? ke kau nak jaga badan? Ingat kalau                        badan kau kurus pun,muka macam kau boleh jadi model ke?"

Sebenarnya banyak lagi situasi lain yang berkait dengan sifat "condemn" ni. Sebelum pergi lebih lanjut, saya nk tanya, apa yang best sangat condemn orang? Ingat kita ni dah perfect ke sampaikan semua yang orang buat tu jadi kesalahan. Tolonglah jadi realistik. Bukan semua apa yang kita suka, kita minat, orang lain pun kena suka, kena minat. Semua orang ada dia punya personaliti. Kenapa nak paksa dia buat benda yang dia x suka?

Sorry to say, tapi nak cakap sepanjang 21 tahun saya hidup di muka bumi ALLAH ni,saay jumpa berbagai ragam manusia lebih2 lagi dengan manusia yang suka 'kondem' orang lain. Padahal dia tahu dia x perfect pun tp mungkin tu jadi satu habit kau, suka nak menjatuhkan orang lain. Suka tengok orang hilang keyakinan diri. Kadang2 kita x sedar, apa yang kita buat tu boleh buat orang lain sakit hati. Secara x langsung, kita dah menambahkan musuh kita tapi lepas tu sibuk tanya kenapa ramai benci aku. Ask yourself la. Bak kata Hlovate, "if you don't want the troubles to trouble you, please don't find the trouble".

Bagi saya, x perlulah nak kondem orang lain. Semua orang ada hak untuk buat apa yang dia suka as long as benda tu x menyusahkan orang lain ataupun menjatuhkan maruah diri sendiri. Biarlah orang nak masak apa. Sedap x sedap, itu lain cerita. Sekurang2nya dia dah buktikan dia boleh memasak. Diaa nak join kelab atau apa aktiviti sekalipun, biarlah dia. Kita x tahu niat dia jadi x payahlah nak menuduh. Dan satu lagi, kalau kau suka makan ayam, kau x boleh expect orang lain suka makan ayam. Kau je yang rasa ayam tu sedap, bagi orang yang x suka makan, x kira la sesedap mana pun benda tu, dia tetap x suka makan. So , tolonglah understand others. Jangan timbulkan permusuhan sesama sendiri,okey?

Rasanya tu je nak cakap hari ni as a lesson of the day. Next time, Inshaa-ALLAH, kita jumpa lagi dengan entri lain..




Sunday, 15 March 2015

Sejenak bersama Karnival Mahabbah UMP

Assalamualaikum....

Semalam baru je berakhirnya Karnival Mahabbah UMP anjuran PIMPIN. Seminggu jugaklah karnival ni diadakan bermula 9/3/2025-14/3/2015.Banyk program dan slot2 menarik yg diadakan. Tapi dalam bnyk2 slot tu, ada 3 slot je yang sempat saya join. Sebab yg lain tu clash dengan waktu kelas. Hari Isnin tu ada Slot Sirah Rasul bersama Ustaz Don Daniyal. Yg ni sempat saya datang kerana kelas tetiba cancel hari tu. *sebenarnya lec nak tgk ustaz Don*.. Sy thu, kalau brcakap pasal ustaz Don ni, ramai yg knal dia. Ke ada yang x knal? Hahaha..tipulah korang.


Ustaz Don Daniyal

So, kalau ada sape2 yg x knal, itulah ustaz Don. Ustaz ni baik jer, pandai buat lawak sume. So, x rugi dengar ceramah dia. Lpas tu, saya ada jugak join Forum "Kpop vs Bollywood". Yg ni dia jemput Iman Muda Hizbur dan En Roslan Madun sebagai panel. Iman Muda Hizbur kalau x silap saya ni kali kedua sy join dia bg ceramah kt UMP ni.Kalau dia pernah datang sebelum ni tu saya x tahulah sebab saya pn baru lagi belajar kat sini,  Lepas tu ada Forum "Mak,Aku Nak Kahwin". Haa.. dengar tajuk pn rasa happy kan. Saya ni pergi dengar je, xde pn rasa nak kahwin dalam usia semuda ni.hehe. *sebenarnya nak cover* Tapi seriously,mmg best la. Lawak je nak2 Abon dari kumpulan Osbon tu yang datang sebagai salah seorang panel. X kering gusi dibuatnya.  

Seterusnya, saya hadir ke malam kemuncak Karnival Mahabbah pada hari sabtu iaitu konsert Malam Cinta Ilahi bersama kumpulan nasyid Raihan. Sebut nama Raihan, ni pun mesti ramai yang kenal kan? Dulu masa saya kecik2, dalam darjah 5 macam tu la, saya selalu dengar Carta Nasyid IKIM f.m. Masa tu banyak lagu2 Raihan tersenarai dalam carta. Memang saya minat dengan lagu2 dia. Yg paling best lagu Iman Mutiara. Lagu tu sngat menusuk kalbu. Dulu selalu dgr mereka nyanyi kt radio je, x pernah pn tgk live. Masa tahu Raihan dijemput untuk buat konsert, saya mmang excited sbb mmng saya minat sangat dengan Raihan.  Dan sungguh x sangka saya masih dipanjangkan umur dan dapat bertemu dengan mereka. Jadi, saya nak tunjuk la sedikit rakaman pendek masa persembahan last dengan lagu "Thank you ALLAH". Rasa sebak je bila nyanyi lagu ni sama2 dengan Raihan. Baru sedar jarang sekali diri i berterima kasih pada ALLAH S.W.T. Ampunkan kami semua Ya ALLAH.. 
:(


                                  

                                           "Lautan cahaya lampu dari handphone"

Rasanya, tu saje kot yang saya nak kongsikan buat masa ni. Inshaa-ALLAH, kalau ada lagi cerita atau pengalaman menarik, saya akan kongsikan di sini. Terima kasih pada yang membaca hingga habis.


Saturday, 14 March 2015

Tak kenal maka tak cinta....

Assalamualaikum........

Hmm.......*garu2 kepala yang tak gatal*..Okey, I'm still new to this blog.Kalau orang tanya,"apsal kau buat blog weh,kau nak buat diari ke?" Jawapan saya, nope, this is not my diary, but it is my life..I just want to spill anything that I feel by using this blog.

Okey,malas nak cakap panjang lebar.Bukan nak buat karangan pun kan.Untuk pengetahuan siapa2 yg rasa nak mengenali diri ni dengan lebih dekat, *ayat x boleh blah*, inginlah hamba memperkenalkan diri.Nama? Rasanya tak payah kot.Umur?Alhamdulillah,masih dipanjangkan umur dalam 20-an hingga x tahu lagi..Yeah, saya masih lagi belajar kt sebuah universiti kerajaan, Universiti Malaysia Pahang, jurusan OSH.. Kalau ada yg x tahu tu, just google la erk.. x tahu nak explain macammana.

Rasanya tu je kot nak cakap..haih..x thu nk cakap apa lagi.So, itula sedikit sebanyak pasal diri saya.Nak tahu lebih lagi, rasanya kna follow blog ni kot..*promote blog sebenarnya* okey, tu je..Panjang umur,jumpa lagi.. Assalamualaikum..